Resepi asal ni saya ambil dari blog : HaSue - I Love My Life
Inti Kacang Hijau (boleh juga diganti dgn kacang merah)
Bahan :
- 1 cawan kacang hijau
- 3/4 atau 1 cawan gula pasir (ikut citarasa masing2) * boleh juga guna gula merah
- 1 sudu kecil garam
- Air secukupnya untuk merebus kacang
Cara membuatnya :
1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika. Kemudian rebus dengan lebih kurang 5-6 cawan air sehingga empuk.
2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga hampir kering.
(perlu dikacau selalu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
3. Setelah hampir kering, masukkan gula dan garam. Kemudian kacau sekali sekala dan sila gunakan api sedehana.Apabila sudah mula kering, perlahankan api dan kacau sentiasa.
4. Untuk memastikan inti sudah masak - kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dan tiada lagi dengar letupan kecil wlaupun api msih belum dipadamkan lagi.
5. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
6. Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.
7. Inti ini juga boleh juga disediakan lebih awal dan disimpan didalam peti sejuk.
Bahan2 membuat adunan tepung :
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/3 sudu makan marjerin
- 1 sudu kecil garam
- secubit gula
- 1/2 cawan air
- Sedikit pewarna kuning
- Minyak secukupnya untuk menggoreng - lebih kurang 2 cawan
Cara membuatnya :
- Dalam bekas,campurkan tepung, marjerin, garam, gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
- Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
- Kemudian boleh la dihidangkan utk minum petang.
No comments:
Post a Comment